Wednesday, April 29, 2009

Percutian Ke Sabah




Alhamdullilah, minggu lepas teman berjaya membawa isteri utk melancong ke Sabah negeri dibawah bayu. Setelah 15 tahun berkahwin baru berjaya n mampu utk bawa pergi bercuti berdua-an sahaja.

Namun tidak keseluruhannya berdua kerana percutian kali ini melibatkan 3 pasangan. Kamil dan Aziah serta Mastura dan Aziz, kekawan yang sesama buat master. Secara tidak langsung tarikh yang dipilih pada Disember lepas jatuh pada hujung minggu yg cutinya tiga hari. So booking tiket dapat pula MAS yg lebih murah dari AirAsia, percaya tak tambang pergi balik dr KLIA ke Kota Kinaballu cuma RM230 je. Lepas tu search internet utk penginapan yg paling sesuai. Dapat Apartment Collonades, pakej stay and drive, RM 1160, Penginapan apartment tiga bilik dan kereta Unser utk travelling. Jadi utk flight dan penginapan utk 3hari 2malam kos nya cuma RM 423 seorang.


Nasib baik pegi ngan geng yg satu kepala dan tak banyak kerenah. Sampai d KK kat apartmen kekawan bagi bilik besar kat teman kerana orang tua. terasa benor udah tua nya. Sampai kat Airport d jemput oleh van hotel yg juga akan hantar kami pulang nanti. Unser pun dah sedia menunggu kat apmnt.


Sampai relax dulu, bincang halatuju dan prjln. Setuju untuk pegi ke pulau-pulau berhampiran ngan KK. Ikut je le pasal geng pompuan nak bebenor gi ke pulau tu. Bila tempah bot, naik bot baru tau yg bot tu jenis bawa laju. Gempaq juge, tapi best sebab dapat tengok ikan dlm natural enviroment. On the balik ajak drebar bot lalu hampir ngan perkampungan atas air di Pulau Gaya. Pengalaman yg menyeronokkan.


Sampai balik kat KK pegi lepak kat pasar Filipina ngan pasar malam, saje nak survey rega. Tengok sotong murah, Kamil beli sekilo. For Dinner beli ikan bakar bawa balik masak nasi. Geng lelaki sibuk masak sotong, siap beli rempah ngan aluminium foil buat bakar atas dapur. Sedap gile dinner mcm camping pula. Mlm tu ingat nak rehat, ada kwn aziz ajak keluaq makan lagi. Terpaksa entertain sbb kawan lama. Kenyang gile. Jumpe bos lame yg dah masuk kementerian.



Pagi tu ingat nak bangun awal cos nak gi kundansang, tengok kaki Gng Kinabalu, janji bangun pkl 4 tapi semua keletihan,so kul 5.30 baru gerak ke kundansang. Jalan bukan tahu sangat, adale kwn aziz tu tunjuk mlm tu tapi malam, jadi belasah je mcm amazing race. any how sampai juga ke kundangsang, breakfasst berlatar kan Gng. Alhamdullilah, Rezeki murah, dapat tengok puncak yg belum diliputi awan walupun sampainye kira lewat juga.

On the way balik lalu kot Kota Belud, singgah kat tamu mingguan, beli madu murah RM 10 botol besar.Sampai KK terus ke pasar malam, utk geng pompuan borang sakan gelang & rantai Kristal, have dinner kat pasar , kemudian sambung pencarian kristal depa. Lantak le, bukan selalu nak dapat datang lagi.

Next day gi pasar philipines utk beli cenderamata and tshirt for the boys. Ptg van dtg gi airport and balik ke KLIA naik Airbus.

So, its was a wonderful holiday, Tq my lovely wife and thanks to the friends whom is sekepala.

Maybe next holiday nak gi seberang laut yang luar negara....... cadangnye le.....











No comments:

Post a Comment